Pekali kelab Pekali_Pasukan_Kebangsaan_UEFA

Pekali kelab ditentukan melalui keputusan-keputusan yang diraih kelab di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah selama lima musim akhir. Pekali ini merangkumi 20% pekali liga ditambah jumlah mata yang diraih kelab selama lima musim akhir.[4][5]

Kelab meraih dua mata untuk setiap kemenangan dan satu mata untuk keputusan seri. Penyertaan di peringkat kumpulan mendapat empat mata. Kemudian untuk setiap pusingan kalah mati yang dicapai di Liga Juara-Juara, atau suku akhir dan seterusnya di Liga Eropah, diberikan tambahan satu mata.

Untuk Kedudukan pasukan, keputusan di pusingan kelayakan tidak dikira, dan mengikuti sistem perolehan mata sebagai berikut:[4]

PusinganPerolehan mata
Liga Juara-JuaraLiga Eropah
Pusingan 10.50.25
Pusingan 210.5
Pusingan 31
Pusingan 41.5
Pusingan kalah mati2
Makluman

Mata kelayakan di atas tidak terkumpul. Pusingan ketiga dan keempat kelayakan Liga Juara-Juara tidak ada perolehan mata kerana pasukan yang kalah akan masuk pusingan seterusnya di Liga Eropah. Kelab yang layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sudah diberikan mata bonus (lihat di atas). Dua mata di peringkat kumpulan Liga Europa adalah sebuah minimum dan tidak akan ditambah ke jumlah mata yang diraih pada peringkat kumpulan. Kesimpulannya, semua pasukan yang mengambil bahagian sekurang-kurangnya mendapat mata di pusingan kelayakan atau mata bonus.

Rujukan

WikiPedia: Pekali_Pasukan_Kebangsaan_UEFA http://www.angelfire.com/nj/sivritepe/0708/ucups09... http://www.goal.com/id-ID/news/2277/liga-liga-erop... http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/uefa/... http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/uefa/... http://www.uefa.com/memberassociations/uefaranking... http://www.uefa.com/memberassociations/uefaranking... http://www.uefa.com/uefa/management/newsid=698237.... http://www.xs4all.nl/~kassiesa/bert/uefa/ http://www.xs4all.nl/~kassiesa/bert/uefa/calc.html